Tip Jimatkan Kos Untuk Buat Umrah DIY
Nurul Atikah Sarji
12/27/2023
Menjalankan umrah secara DIY (do it yourself) mungkin terdengar asing bagi kebanyakan orang. Namun ia sebenarnya semakin menjadi pilihan ramai.
Umrah DIY merujuk kepada pelaksanaan umrah tanpa melibatkan ejen perjalanan di Malaysia. Alternatif ini sebenarnya lebih ‘ekonomi’ kerana anda dapat memilih tiket penerbangan dan hotel mengikut bajet sendiri. Namun, anda perlu mengurus semua tempahan, termasuk tiket penerbangan, hotel, visa, dan lain-lain.
Ada yang gemar menjalankan umrah DIY kerana mereka dapat menyusun jadual perjalanan sendiri dan memilih untuk menetap lama atau singkat.
Berikut adalah perkara penting yang perlu dilakukan sebelum melakukan umrah DIY:
1. Pembelian tiket penerbangan
2. Tempahan hotel di Mekah dan Madinah
3. Penggunaan HHR Haramain High Speed Rail dari Jeddah ke Madinah dan Mekah, serta sebaliknya
4. Sewa kereta dari hotel ke stesen kereta api
5. Memohon Visa umrah
6. Rancang aktiviti dan ziarah di Mekah dan Madinah
7. Rancang bajet untuk makan dan minum
8. Hadiri kursus umrah atas talian/fizikal
9. Persediaan pakaian dan barangan secukupnya sepanjang aktiviti umrah
10. Pengurusan kewanganPEMBELIAN TIKET PENERBANGAN
Pastikan anda membeli tiket penerbangan dengan teliti dan semak sama ada harga tersebut termasuk bagasi atau tidak, serta periksa syarat-syarat bagasi. Jangan lupa untuk memeriksa polisi penerbangan sekiranya terdapat kekangan seperti penundaan atau pembatalan penerbangan.
Disarankan untuk mengelakkan pembelian tiket penerbangan semasa musim cuti sekolah di Arab Saudi kerana kos hotel pada waktu itu mungkin lebih tinggi. Begitu juga ketika bulan Ramadan, di mana kos hotel di Mekah dan Madinah mungkin meningkat hingga RM600 ke RM1000 untuk satu malam.
HHR Haramain High Speed Railway
Tahukah anda bahawa perjalanan dari Jeddah ke Madinah hanya mengambil masa kurang dari dua jam? Ya, kurang dari dua jam, anda sudah boleh sampai ke destinasi walaupun jaraknya agak jauh. Sementara dari Madinah ke Mekah hanya memerlukan masa sekitar 2.5 jam. Menggunakan kereta api sangat menjimatkan masa berbanding bas yang memerlukan masa kira-kira enam ke lapan jam.
Bagaimana pula dengan niat ihram ketika menaiki kereta api?
Bagi mereka yang menaiki tren untuk menunaikan umrah dari Madinah ke Mekah, anda perlu berniat ihram di dalam kereta api kerana kereta ini tidak akan berhenti di Masjid Bir Ali untuk bermiqat. Sebaliknya, penumpang akan terus menaiki kereta api dari Madinah ke Mekah.
Anda boleh menyemak kos perjalanan kereta api melalui laman web ini: Haramian High Speed Railway.
PENGANGKUTAN DI MEKAH DAN MADINAH
Untuk pengangkutan di Mekah dan Madinah, anda tidak perlu bimbang. Anda boleh menaiki teksi di sekitar kawasan hotel atau menggunakan aplikasi Careem/Uber. Harga yang ditunjukkan dalam aplikasi ini biasanya munasabah untuk mengelakkan dikenakan bayaran yang tinggi. Jadi, kena sentiasa bandingkan harga!
VISA UMRAH
Untuk menunaikan umrah, anda kini boleh memohon visa secara atas talian melalui laman web ini: https://visa.visitsaudi.com/. Harga visa untuk seorang ialah SAR 494.21 atau sekitar RM616.33.
AKTIVITI ZIARAH DI SEKITAR DAN LUAR MEKAH DAN MADINAH
Antara tempat yang boleh dikunjungi di Mekah termasuk Masjid Quba’ dan Bukit Uhud. Anda boleh lakukan perjalanan sendiri dengan teksi. Selain itu, terdapat perkhidmatan Hop-On Hop-Off di Madinah yang dapat membawa anda ke lokasi pilihan.
ULANGKAJI
Umrah melibatkan banyak perbuatan dan tatacara yang perlu diikuti. Oleh itu, adalah lebih baik mengulangkaji dengan menghadiri kursus umrah, menyemak panduan umrah, menonton video berkaitan umrah di YouTube, dan membaca buku-buku berkaitan umrah.
- Tip dah tahu jadi tunggu apa lagi, untuk kemudahan merancang dan menempah perjalanan umrah anda jom Umrah DIY bersama IKHLAS!