Cara Merancang Umrah Secara DIY
Diyana Rose
12/15/2023
Sekiranya anda sedang mencari panduan untuk merancang Umrah
DIY, Alhamdulillah ini adalah petanda anda dalam perjalanan untuk menjadi
Duyufurrahman (Tetamu Allah SWT). Melalui artikel ini, kami mahu membantu anda
dengan berkongsi apa yang perlu dilakukan sebelum mula merancang perjalanan ke
Haramain.
MEMOHON e-VISA
Kerajaan Arab Saudi (KSA) telah memperkenalkan perkhidmatan visa elektronik (eVisa), kebenaran perjalanan elektronik yang membenarkan kemasukan rakyat dari negara luar, untuk layak melawat KSA dan menginap dalam jangka masa pendek. eVisa telah direka untuk mempercepatkan proses mendapatkan visa di KSA.
Dengan eVisa, anda boleh melakukan Umrah DIY dengan lebih fleksibel dan bebas untuk menerokai Saudi. Proses ini sangat mudah kerana aplikasi yang mesra pengguna. Dengan aplikasi ini, anda boleh memohon eVisa anda sendiri dan dokumen elektronik akan diberikan kepada anda serta-merta selepas pembayaran selesai.
Sila pastikan anda mempunyai pasport yang sah dengan baki sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kemasukan ke KSA sebelum mengemukakan permohonan anda. Untuk memohon eVisa, log masuk ke https://visa.visitsaudi.com/ dan hantar permohonan anda bersama dokumen yang dikehendaki.
PENERBANGAN DAN PENGINAPAN SELAMAT
Anda akan dapat menikmati kadar harga terbaik apabila anda menempah hotel dan tiket penerbangan beberapa bulan lebih awal. Walau bagaimanapun, ini tidak selalu terjadi ketika musim umrah. Ini disebabkan harga tiket penerbangan dan hotel di Haramain biasanya lebih tinggi pada musim puncak (November hingga Februari dan bulan Ramadan) berikutan permintaan yang tinggi.
Oleh itu, penting untuk anda merancang tarikh perjalanan umrah dengan teliti untuk mendapatkan penerbangan terbaik dan mencari kadar hotel yang sesuai menginap seperti berdekatan dengan masjid bagi menjimatkan masa dan meluangkan lebih banyak masa (iktikaf) di Masjid Nabawi atau Masjid al-Haram.
![Jabal_Omar_Marriott_Hotel_Makkah.jpg](https://images.ikhlas.cc/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/bltaa770a696389e989/657c01a4575379bf1be668ef/Jabal_Omar_Marriott_Hotel_Makkah.jpg)
Tip menarik: Hotel di Jabal Omar merupakan pilihan terbaik untuk menginap daripada hotel di Menara Jam kerana boleh diakses mudah ke Masjid al-Haram dan mempunyai sambungan baharu.
Laman web pelancongan seperti ikhlas.com Umrah DIY menawarkan pelbagai pilihan mengikut keperluan dan bajet anda. Yang paling penting adalah anda dapat menikmati lebih banyak penjimatan apabila anda menggabungkan (booking) hotel dan penerbangan dalam satu tempahan.
[tangkapan skrin halaman pendaratan DIY]
PERJALANAN DAN ZIARAH
Cara terbaik untuk masuk ke Mekah dari Jeddah ialah dengan menaiki teksi dari lapangan terbang. Anda boleh berunding dengan pemandu sebaik sahaja anda keluar dari lapangan terbang, atau boleh saja memesan Uber atau Careem (versi tempatan Uber). Pilihan terbaik yang anda boleh gunakan adalah menggunakan Kereta Api Haramain kerana ia mudah, senang, selesa dan pantas untuk bergerak dari Mekah ke Madinah.
Semasa ziarah, perkara biasa yang dilakukan adalah menyewa kereta persendirian atau teksi untuk perjalanan sekitar Mekah dan sewa mengikut kadar setiap jam. Cari kereta yang menawarkan harga yang rendah ataupon memilih Uber/Careem untuk perjalanan anda.
Di Madinah, terdapat bas persiaran yang jenis hop-on dan hop-off, yang boleh membawa anda melakukan ziarah. Anda boleh turun dan menikmati pemandangan sebelum mendapatkan bas yang seterusnya. Antara pilihan lain untuk masuk ke mana-mana bandar dengan menggunakan perkhidmatan awam, persendirian, teksi dan perkhidmatan perkongsian perjalanan lain. Tetapi, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan anda membayar lebih daripada yang sepatutnya ataupun ditipu. Lebih baik dan selamat untuk anda menempah pengangkutan dan perjalanan ziarah berpandu di Kota Suci melalui Perkhidmatan Tambahan DIY Umrah ikhlas.com. (pautan ke halaman tempahan perkhidmatan tambahan)
[tangkapan skrin halaman perkhidmatan tambahan - ziarah]
MUTAWIF DAN PERKHIDMATAN LAIN
![mutawwif_ikhlas.jpg](https://images.ikhlas.cc/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt6dbae004227d2ed1/657c043a37b14a23ad0beb44/mutawwif_ikhlas.jpg)
Setiap individu tentu saja melakukan umrah secara sendiri tetapi dengan mengambil khidmat mutawif bagi membimbing anda dan kumpulan anda dalam keseluruhan proses ziarah dan umrah akan lebih membantu. Memandangkan Masjid al-Haram sedang menjalani pengubahsuaian besar-besaran, mempunyai seorang mutawif boleh membantu anda mencari pintu masuk terkini ke kawasan mataf/Kaabah untuk tawaf, pergi ke kawasan sa'ie dari mataf dan mencari jalan keluar dari Masjidil Haram yang besar kembali ke hotel anda.
Mempunyai seorang mutawif amat disyorkan untuk membantu anda membiasakan diri dengan perkara-perkara penting dalam melaksanakan ibadah umrah untuk mendapatkan bimbingan yang betul agar tidak melakukan kesalahan-kesalahan terutamanya semasa berihram. Mereka juga akan membawa anda ke Miqat, tempat perlu berniat (niat) umrah dan menasihati apa yang patut atau tidak patut anda lakukan.
Anda boleh mengupah seorang mutawif yang berkelayakan dan berpengalaman, membuat tempahan pengangkutan dan perkhidmatan penting yang lain dengan mudah melalui ikhlas.com Perkhidmatan Tambahan Umrah DIY. (pautan ke halaman tempahan perkhidmatan tambahan)
[tangkapan skrin halaman perkhidmatan tambahan - mutawif]
PANDUAN UMRAH
Mengerjakan ibadah umrah adalah pengalaman yang sangat bermakna lebih-lebih lagi anda berniat untuk menumpukan diri kepada peningkatan rohani. Bagi anda yang merancang untuk melakukan DIY umrah, anda boleh membuat persediaan sewajarnya untuk mengingatkan diri anda tentang langkah-langkah yang terlibat dalam proses tersebut atau panduan umrah seperti doa perlu dibaca dan juga tertib semasa melakukan ritual.
Selain menyertai kursus umrah luar talian atau dalam talian yang dilakukan agensi-agensi pelancongan yang bertauliah, anda juga boleh mendapatkan rujukan atau tutorial dari YouTube, Spotify atau laman web yang menyediakan panduan mengerjakan umrah, solat, doa-doa yang perlu dipatuhi, sunnah dan larangan yang dianjurkan ketika berada dalam keadaan berihram.
Sebagai ejen pelancongan umrah, ikhlas.com menyediakan Panduan Umrah digital komprehensif yang boleh diakses dengan mudah melalui laman web atau aplikasi mudah alih untuk peranti iOS atau Android untuk membantu anda pantau perjalanan umrah sepanjang di sana.
APLIKASI UNTUK DIMUAT TURUN
Selain memuat turun aplikasi mudah alih ikhlas.com untuk Panduan Umrah yang komprehensif dan boleh dipantau, waktu solat, arah kiblat dan banyak lagi, anda juga penting untuk memuat turun aplikasi Nusuk untuk memohon permit memasuki Raudhah.
Memandangkan kini semua wajib memohon permit pra-ketibaan untuk memasuki Raudhah, anda perlu mendapatkan permit yang diperlukan sebelum ketibaan.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon permit melalui aplikasi Nusuk:
- Log masuk/buat akaun dengan "Pengguna Baharu"
- Pilih "Solat di Rawdah Mulia" daripada Perkhidmatan Masjid Nabawi
- Pilih tarikh yang dikehendaki
- Pilih slot masa
- Baca dan terima arahan yang diberikan
- Tekan “Teruskan”
- Anda telah berjaya mendapatkan permit Raudhah
Semak artikel selanjutnya Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah sebagai persediaan sebelum menunaikan umrah dan menjejakkan kaki ke bumi Haramain.