Tip Kumpul Duit Nak Pergi Umrah

Ayu Nadirah

12/19/2023

cover2_tip_menabung_umrah.jpg

Semua yang beragama Islam mesti menyimpan impian untuk mengerjakan umrah. Berjalanlah sejauh manapun, tetap tidak setanding dengan perjalanan ke tanah suci. Rezeki untuk menyahut panggilan Allah ini bukan dinilai dengan seberapa banyak wang yang dimiliki seseorang. Berapa ramai yang ada harta melimpah ruah, namun masih belum berkesempatan menjejakkan kaki di tanah suci. Kita juga dapat lihat ramai dengan pekerjaan biasa-biasa, hidup tak seberapa mewah, dapat juga mengerjakan ibadah umrah. Percayalah, rezeki daripada Allah SWT menjangkau batas pemikiran manusia. 

Keinginan untuk ke sana sememangnya sudah ada. Namun perlu juga disertakan dengan niat yang kukuh, mahu menunaikan umrah demi Allah SWT. Perbanyakkan berdoa dalam setiap solat semoga Allah SWT memanggil kita untuk ke Mekah dan Madinah yang penuh barokah dalam masa terdekat. Berikut adalah antara doa yang boleh diamalkan untuk yang berhajat menunaikan umrah.

Doa_yang_berhajat_menunaikan_umrah.jpg

LANGKAH PERTAMA

Semak atau hubungi mana-mana agensi umrah yang diyakini dan mulakan survey anda tentang pakej yang disediakan. Daripada situ anda akan dapat gambaran lebih jelas tentang perjalanan umrah, selain menjadi pembakar semangat untuk berusaha ke sana.

Seterusnya, disiplinkan diri untuk kumpul duit setiap bulan atau minggu, mengikut target pakej umrah yang anda nak. Jika anda betul-betul nekad untuk ke sana, tolak tepi dulu semua kemahuan dunia seperti beli gajet baru, melancong ke negara lain dan sebagainya. Fokus dan konsisten untuk menabung duit gaji dan mula menyimpan pada tabungan khas untuk umrah.


Beige_and_Spearmint_Illustrated_Monthly_Saving_Tracker_Planner.jpg

TABUNG 52 MINGGU

Sediakan tabung atau akaun simpanan khusus untuk umrah. Tahukah anda bahawa anda boleh bermula dengan menabung serendah RM100 seminggu? Dalam tempoh 52 minggu saja, anda dapat kumpulkan RM5,200. Bayangkan jika anda ada duit lebih dan nak menabung lebih?

Berpandukan target pakej yang diinginkan, simpan amaun tetap setiap minggu mengikut kemampuan seperti yang tertera pada gambar di atas. Lagi besar nilai tabungan anda setiap minggu, lagi besar jumlah yang anda dapat pada akhirnya. Dengan ini dapatlah anda memilih pakej yang lebih selesa. Juga jangan lupa untuk menyimpan duit lebih daripada nilai pakej tersebut. Ia boleh digunakan sebagai wang perbelanjaan ketika berada di Mekah dan Madinah nanti.


KELEBIHAN MENUNAIKAN UMRAH

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengerjakan ibadah haji dan umrah adalah wajib dikerjakan sekali seumur hidup buat yang berkemampuan. Allah SWT telah janjikan kelebihan yang besar untuk mereka yang menunaikan haji dan umrah dengan penuh ketaqwaan kepada-Nya.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Daripada_Abu_Hurairah_RA_Rasulullah_SAW_bersabda.jpg

Sesungguhnya, ibadah umrah yang mabrur dapat menghapus dosa dan menjadikan kita hamba yang lebih taat kepada Sang Pencipta. Doa yang dipanjatkan di tanah suci juga sangat mustajab. Jadi berdoalah apa saja yang dimahukan apabila sudah direzekikan untuk ke sana kelak. Semoga semua ini menjadi pendorong kita untuk berangkat menunaikan umrah dalam masa terdekat ini. InsyaAllah.