Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah
Diyana Rose
12/18/2023
Selepas mendapat pengesahan dokumen serta jadual perjalanan daripada agensi bertanggungjawab yang anda telah mendaftar, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah mengemas barang-barang penting yang perlu dibawa.
Jangan risau, Ikhlas telah sediakan checklist untuk memudahkan anda menyemak barangan keperluan yang perlu dibawa untuk menunaikan ibadah umrah.
Berdasarkan perbezaan cuaca di sana dan juga mungkin faktor usia (mengikut kategori umur masing-masing) terdapat pelbagai barang keperluan yang anda perlu utamakan dan sediakan bagi melancarkan urusan anda semasa berada di tanah suci. Jadi, pastikan anda betul-betul semak dan mengikut checklist yang diberikan.
Di bawah ini adalah saranan senarai semak barangan untuk dibawa apabila menunaikan umrah yang disediakan oleh pihak Ikhlas.
![tajuk_chechlist_pack_brg_Umrah.jpg](https://images.ikhlas.cc/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt78c499524078c417/65801425be5d262a2b656721/tajuk_chechlist_pack_brg_Umrah.jpg)
► Muat turun Checklist Lengkap Barangan Keperluan Umrah
BARANG PENTING KETIKA TRAVEL
▢ Pengesahan sijil vaksinasi
▢ Tiket penerbangan yang sah
▢ Jadual perjalanan
▢ Gambar berukuran pasport
▢ Saudi Riyals (matawang Saudi)
▢ Kad debit / kredit
▢ Nombor telefon kecemasan
▢ Sijil nikah (Bagi individu yang lakukan umrah bagi pasangan suami isteri)
BARANG PENTING UNTUK BERIBADAH
▢ Al-Quran saiz poket / Al-Quran digital
▢ Buku doa
▢ Sejadah
▢ Tasbih atau tasbih digital
TIP: Senarai nombor 1-4 boleh dijumpai di aplikasi IKHLAS.
PAKAIAN DAN KELENGKAPAN
▢ Pakaian ihram
▢ Safety pins / clips untuk ihram
▢ Waist / neck bag
▢ Pakaian yang selesa dan longgar
▢ Selipar
▢ Trainers / sneakers
▢ Beg kasut / beg drawstring
▢ Jaket (ketika musim sejuk)
▢ Stoking
▢ Kaca mata hitam
▢ Tudung
▢ Penyangkut baju (hanger)
TIP: Bawa pakaian bersesuaian mengikut musim dan keadaan cuaca.
PERALATAN ELEKTRIK
▢ Seterika saiz kembara
▢ Telefon tangan
▢ Kad sim Saudi / aktifkan roaming
▢ Digital travel scales
▢ Pengecas telefon
▢ Universal travel adaptor
▢ Earphones / headphones
▢ Extension cord / cable / lead
▢ Portable fan/cooling device
▢ Portable charger/power bank
PERALATAN MANDIAN
▢ Alat mencukur
▢ Pengetip kuku
▢ Deodoran
▢ Cermin kecil
▢ Gunting kecil
▢ Hand sanitiser
▢ Tisu poket
▢ Tuala bersaiz besar dan kecil
▢ Pakaian dalam pakai buang
▢ Sanitary pads / panty liners
▢ Pelembab tanpa pewangi
▢ Tisu basah tanpa pewangi (bagi kegunaan ihram)
▢ Syampu dan perapi rambut tanpa pewangi
▢ Sabun mandi tanpa pewangi (sabun buku atau cecair)
▢ Ubat gigi / berus gigi tanpa pewangi (ketika di dalam waktu ihram)
▢ Sikat rambut (untuk kegunaan luar waktu ihram)
UBAT-UBATAN
▢ Ubat-ubatan yang perlu diambil (sekiranya ada penyakit dan atas saranan doktor)
▢ Krim Vaseline
▢ Glukos
▢ Krim pelindung cahaya matahari
▢ Antibiotik
▢ Kit pertolongan cemas
▢ Ubat tahan sakit
▢ Diarrhoea tablets
▢ Oral rehydration salts
▢ Travel sickness tablets
▢ Salap bibir (lip balm) tanpa pewangi
▢ Suplemen vitamin C
▢ Ubat-ubatan untuk demam dan selsema
▢ Krim / balm / losyen tanpa pewangi
▢ Krim sakit otot
▢ Krim pelembab tanpa pewangi
▢ Plasters / blister plasters / bandages
▢ Throat lozenges / spray dan ubat batuk
Jika anda berjaya melengkapkan kesemua daripada senarai di atas, anda pastinya sudah bersedia untuk menjadi tetamu rumah Allah SWT. Semoga perjalanan anda sekeluarga dipermudahkan dan memperoleh keberkatan-Nya.
- Semak pula Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah